15 terima ganjaran

15 terima ganjaran

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Seramai 15 orang pemegang kad debit Baiduri Unionpay yang bertuah telah mendapat ganjaran bernilai $150 dengan peluang membelanjakannya di Pasar raya Sim Kim Huat, Airport Mall, Berakas, hari ini.

Pemegang kad bertuah itu ialah Dayangku Hajah Jurinah, Richard Jemat Anak Medan, Nyau Mee Ging, Pengiran Zulaini bin Pengiran Haji Tajuddin, Awang Irwan Nordin, Awang Khairul Azmi bin Reni, Dayang Ernnie binti Ismail, Poh Chin Wee, Haji Mohammad Yusra, Dayang Selimah binti Piramli, Wee Chiew Hsia, Sylvia Castillo Espina, Liew Nyuk Foong, Pengiran Hajah Nor Intan binti Pengiran Salleh dan Dayang Asnwi binti Haji Naim.

Semasa acara itu, mereka diberi tempoh 30 minit untuk membeli-belah dan memilih barang-barang keperluan dengan setiap pemenang berkenaan telah dibantu seorang kakitangan Bank Baiduri bagi memastikan mereka membelanjakan nilai $150 itu dengan berhemah.

Hadir pada acara kali kedua ia diadakan oleh Bank Baiduri bagi Promosi Take Me Shopping with Baiduri UnionPay Debit Cards itu ialah Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

Pengiran Azaleen bergambar ramai bersama para pemenang bertuah dan kakitangan Bank Baiduri.
Pengiran Azaleen bergambar ramai bersama para pemenang bertuah dan kakitangan Bank Baiduri.

pg10_151123_c

Promosi beli-belah hasil kerjasama Bank Baiduri dan UnionPay itu telah dilancarkan selama tiga bulan bermula 25 September yang mana semua pemegang kad debit Baiduri UnionPay diberikan pelbagai kelebihan apabila menggunakan kad mereka untuk membuat pembelian di pasar raya yang menyertai promosi pada setiap hujung minggu iaitu dari Jumaat hingga Ahad sehingga 13 Disember nanti.

Setiap hujung minggu sebuah pasar raya akan ditampilkan dengan para pelanggan di daerah lain juga berpeluang untuk menyertai promosi tersebut.

Semasa promosi itu, pemegang kad debit Baiduri UnionPay akan menerima sebuah beg membeli-belah percuma apabila mereka berbelanja lebih $50 dan pada masa yang sama, mereka berpeluang untuk menyertai acara beli-belah bulanan itu.

Promosi Take Me Shopping with Baiduri UnionPay Debit Cards dianjurkan dengan hasrat untuk menjana kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kemudahan dan manfaat kepada pengguna khususnya pemegang-pemegang kad yang membuat pembelian dengan kad debit berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA