150 ahli keluarga Fuzhou erat silaturahim

150 ahli keluarga Fuzhou erat silaturahim

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Ogos – Liga Belia Persatuan Fuzhou Shiyyi (The Brunei Fuzhou Shiyyi Association Youth League) dan Persatuan Foochow Belait bahagian Belia dan Sukan pagi tadi telah mengadakan Hari Keluarga Brunei Fuzhou bertempat di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong.

Kira-kira 150 orang terdiri daripada ahli-ahli keluarga Fuzhou menghadiri Hari Keluarga tersebut.

Menurut pengerusi majlis berkenaan, Summer Hee, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan keluarga Fuzhou di samping memberi peluang untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga yang datang dari pelbagai tempat seperti Kuala Belait, Bandar Seri Begawan dan Limbang, Sarawak.

Sambutan Hari Keluarga dimulakan dengan senam zumba dan diteruskan dengan beberapa aktiviti permainan keluarga yang mana ahli-ahli keluarga berkesempatan memenangi hadiah menarik.

Gambar ramai ahli jawatankuasa yang menjayakan acara Hari Keluarga di Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Gambar ramai ahli jawatankuasa yang menjayakan acara Hari Keluarga di Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Hari keluarga dimeriahkan dengan senam zumba.
Hari keluarga dimeriahkan dengan senam zumba.

ARTIKEL YANG SAMA