150 buah buku disumbangkan

150 buah buku disumbangkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Sebanyak 150 buah buku telah disumbangkan oleh Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), hari ini, kepada tiga buah sekolah di Daerah Temburong iaitu Sekolah Rendah Labu Estate, Sekolah Rendah Selapon dan Sekolah Rendah Semabat.

Penyampaian sumbangan yang diadakan di Bilik Perpustakaan Sekolah YSHHB itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Norhaizamdin bin Haji Mosbi kepada Dayang Rouziah binti Haji Abu Bakar mewakili Sekolah Rendah Labu Estate, Awang Lim Ming Tai mewakili Sekolah Rendah Selapon dan Hajah Jamilah binti Osman mewakili Sekolah Rendah Semabat.

Setiap sekolah menerima buku pelbagai jenis yang tujuan untuk membantu mempelawa kanak-kanak meneroka keindahan dunia membaca seperti yang mereka alami ketika ini.

Awang Norhaizamdin menyerahkan sumbangan buku kepada Awang Lim Ming Tai yang mewakili Sekolah Rendah Selapon.
Awang Norhaizamdin menyerahkan sumbangan buku kepada Awang Lim Ming Tai yang mewakili Sekolah Rendah Selapon.

Awang Norhaizamdin ketika berucap menyatakan bahawa, melalui sumbangan ini menandakan hubungan kerjasama baru di antara Sekolah YSHHB dan sekolah-sekolah dari Daerah Temburong.

Beliau menambah, sebarang inisiatif kerjasama pada masa akan datang dapat meningkatkan peluang bagi para pelajar muda untuk menjadi pemimpin masa depan negara.

Selepas majlis penyerahan, para jemputan dibawa untuk bergambar ramai dan membuat lawatan perpustakaan Sekolah YSHHB sebelum bersurai.

ARTIKEL YANG SAMA