150 jerigen minyak petrol untuk seludup, dirampas

150 jerigen minyak petrol untuk seludup, dirampas

SEMPORNA, 29 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna merampas 150 jerigen berisi minyak petrol yang disyaki cuba diseludupi keluar ke Filipina selepas menahan sebuah bot jongkong diperairan Kampung Sum Sum, Ahad lepas.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna (PMP), Leftenan Komander Maritim KamaAzri Kamil berkata tekong bot bersama dua awak-awak berumur lingkungan36 hingga 40 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut ditahan.

“Bot itu ditahan kira-kira 3.40 petang ketika beradadalam lokasi pengawasan rutin Maritim Malaysia (APMM).

Turut dirampas sembilan kotak tepung gandumdengan nilai keseluruhanrampasan termasuk bot dianggarkan berjumlah lebih kurang RM36,350,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63. – Bernama