150 kediaman di California dijilat api

150 kediaman di California dijilat api

LOS ANGELES, 26 Jun (AFP) – Anggota bomba California semalam bertarung dengan kebakaran yang mengorbankan dua orang dan memusnahkan sekurang-kurangnya 150 rumah selepas merebak ke kawasan tanah lebih luas.

Kebakaran yang digelar “Erskine Fire,” itu sudah merebak ke lebih daripada 145 kilometer persegi kawasan sepanjang beberapa hari. Suhu panas, keadaan kering menyebabkan rumput mudah terbakar dan angin kencang sehingga 64 kilometer sejam membantu api marak lebih pantas sejak lewat petang Khamis di kawasan Lake Isabella di Kern County.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan suhu akan mencapai 37 darjah Celsius, pada Ahad.

Kerja-kerja perobohan akibat kebakaran yang berlaku di pergunungan Tasek Isabella kira-kira 30 batu ke timur laut Bakersfield, California semalam Anggota bomba California semalam bertarung dengan kebakaran yang mengorbankan dua orang dan memusnahkan sekurang-kurangnya 150 rumah selepas merebak ke kawasan tanah lebih luas. – AFP

Beribu-ribu penduduk dipindahkan dan Palang Merah Kern County Amerika membuka dua buah pusat perlindungan untuk penduduk yang terbabit dalam kebakaran. Sekitar 1,140 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran.

“Api di bahagian selatan adalah sangat curam dan lasak, menjadikan kerja meninjau dan memadam kebakaran amat sukar,” kata pengurusan bencana negeri di laman webnya.

Gabenor California Jerry Brown mengeluarkan perintah darurat bagi rantau ini, membolehkan bantuan dikerah dengan lebih cepat. Punca kebakaran masih tidak diketahui dan sedang disiasat.

ARTIKEL YANG SAMA