150 pokok ditanam di kawasan riadah

150 pokok ditanam di kawasan riadah

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Sebagai kesinambungan kepada kegiatan penghijauan yang menjurus kepada keindahan alam sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) dengan kerjasama Persatuan Green Brunei mengadakan kegiatan penanaman pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Green Brunei: Eco Drive yang berlangsung di Pantai Muara, hari ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman yang turut menanam pokok jenis, African Tulip.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran & Kewangan), Kementerian Pembangunan, Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan lebih 200 peserta yang terdiri daripada belia dan penuntut yang menyertai acara berkenaan.

Selepas perasmian Green Brunei: Eco Drive, Yang Berhormat Pehin turut menyaksikan peserta-peserta yang menyertai Eco-Race 3.0.

Kegiatan penanaman pokok itu yang menyaksikan sebanyak 150 pohon pokok jenis African Tulip, Penaga Laut, Kelapa, Pohon Kaya dan Pokok Jagus, merupakan usaha berterusan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dengan kerjasama persatuan Green Brunei dalam mempertingkatkan keindahan dan kehijauan kawasan riadah bagi kegunaan orang ramai.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyiram pokok yang ditanam beliau di acara menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Green Brunei: Eco Drive, di Pantai Muara, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyiram pokok yang ditanam beliau di acara menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Green Brunei: Eco Drive, di Pantai Muara, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin melancarkan Green Brunei: Eco Drive.
Yang Berhormat Pehin melancarkan Green Brunei: Eco Drive.

pg04_150609_c

Haji Muhammad Lutfi turut serta dalam kegiatan penanaman pokok berkenaan.
Haji Muhammad Lutfi turut serta dalam kegiatan penanaman pokok berkenaan.

pg04_150609_f

Pada masa yang sama, Brunei Environment Youth Envoys atau Brunei E.Y.E dengan kerjasama JASTRE juga mengambil inisiatif memperingati Hari Alam Sekitar Sedunia dengan mengadakan acara perlumbaan Eco-Race 3.0.

Acara perlumbaan itu yang disertai seramai 10 pasukan dengan setiap pasukan diwakili lima peserta, yang mana para pasukan perlu melalui beberapa cabaran yang menguji kebolehan fizikal dan mental mereka serta ilmu pengetahuan alam sekitar.

Acara Eco-Race 3.0 itu bermatlamat untuk meningkatkan lagi penglibatan belia-belia dalam menjana kesedaran supaya mereka akan lebih bergiat aktif, pro-aktif dan inovatif dalam pengurusan alam sekitar yang berdaya tahan.

Perlumbaan itu disokong oleh DD-Pykes Waste Management Services Sdn Bhd.

Di akhir majlis berkenaan, Yang Berhormat Pehin turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Eco-Race 3.0 dengan juara disandang oleh Pasukan Green Pheonix, tempat kedua kepada Pasukan ECO-ON dan tempat ketiga oleh Pasukan PLM (Pusat Latihan Mekanik).

ARTIKEL YANG SAMA