150 warga Pizza Hut derma darah

150 warga Pizza Hut derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Kira-kira 150 orang warga Pizza Hut dan orang ramai telah menyertai Kempen Derma Darah anjuran Pizza Hut dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS, yang berlangsung di cawangan Pizza Hut, Sungai Tilong.

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan sikap prihatin dan semangat tanggungjawab sosial terhadap masyarakat serta sifat tolong menolong dalam kalangan warga Pizza Hut.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang faedah besar yang boleh dilakukan penderma serta manfaat yang diperolehi dengan menderma darah.

Dayang Izat dari Pizza Hut berkata, kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Pizza Hut untuk membantu Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menambah simpanan darah untuk mereka yang memerlukan.

Antara warga Pizza Hut yang menyertai kempen menderma darah anjuran bersama Pizza Hut dan Hospital RIPAS.
Antara warga Pizza Hut yang menyertai kempen menderma darah anjuran bersama Pizza Hut dan Hospital RIPAS.

ARTIKEL YANG SAMA