1,500 penghijrah dihantar pulang

1,500 penghijrah dihantar pulang

SKOPJE, 15 Mac (Reuters) – Macedonia telah menghantar kira-kira 1,500 penghijrah dan pelarian yang menyeberangi sempadan kelmarin balik semula ke Greece, kata polis Macedonia hari ini.

Kebanyakan penghijrah, yang berarak keluar dari kem transit Idomeni di utara Greece kelmarin dan berhimpun di pagar sempadan, telah dibawa balik ke Greece pada Isnin atau semalam ke atas trak, kata pegawai.

Timbalan Menteri Pertahanan Greece, Dimitris Vitsas mengatakan dia tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan tersebut.

Para wartawan dan pegawai bantuan di tempat kejadian mengatakan penghijrah telah ditinggalkan di sempadan Greece dan terdapat juga penghijrah di kedua-dua sisi sempadan Greece dan Macedonia.

Seramai 1,500 penghijrah meredah selama berjam-jam di sepanjang laluan berlumpur dan mengharungi sungai dibanjiri hujan untuk berada dekat dengan pagar sempadan tempat mereka ditahan oleh pasukan keselamatan Macedonia.

Seorang penghijrah cuba melindungi seorang kanak-kanak dari terjatuh ke air ketika penghijrah menyeberangi sebatang sungai berhampiran sempadan Greece-Macedonia, barat kampung Idomeni, Greece pada 14 Mac. – Reuters
Seorang penghijrah cuba melindungi seorang kanak-kanak dari terjatuh ke air ketika penghijrah menyeberangi sebatang sungai berhampiran sempadan Greece-Macedonia, barat kampung Idomeni, Greece pada 14 Mac. – Reuters

Kira-kira 30 wartawan, termasuk jurugambar Reuters, juga telah ditahan.

Kumpulan kedua kira-kira 600 penghijrah juga telah ditegah dari menyeberangi masuk ke Macedonia kelmarin dan ramai yang menghabiskan masa mereka berkhemah malam di pergunungan Greece, menurut jurugambar Reuters.

Sekitar 12,000 orang, termasuk ribuan kanak-kanak, terkandas di kem Idomeni, laluan mereka ke EU telah disekat selepas Macedonia dan negara lain di sepanjang laluan Barat Balkan menutup sempadan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA