1,500 sertai majlis khatam

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta di Istana Nurul Iman, yang disertai seramai 1,500 orang peserta.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz; penasihat-penasihat bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Khatam Al-Quran iaitu Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd Taha.

Turut menjunjung keberangkatan ialah pengerusi-pengerusi bersama majlis khatam ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra bersama para peserta khatam. – Infofoto
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta khatam lelaki.
Baginda Raja Isteri dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta khatam wanita yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.
DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Duli Pengiran Bendahara dan Duli Pengiran Digadong berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Dhuha hingga Surah Al-Masad beramai-ramai oleh semua peserta khatam dan diikuti dengan Bacaan Takhtim oleh pegawai-pegawai perempuan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan. Setelah itu, Dikir Marhaban disampaikan oleh pegawai-pegawai lelaki Jabatan Pengajian Islam dan Kementerian Pendidikan.

Bagi Memberkati Majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang berhormat Pehin Haji Awang Abdul Aziz.

Para peserta khatam yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan termasuk pasukan beruniform, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO), pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan serta graduan biasiswa kerajaan di luar negara dan lain-lain.

Seramai 1,500 orang peserta khatam iaitu 750 orang lelaki dan 750 orang perempuan terlibat untuk menjayakan khatam Al-Quran berkenaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan termasuk pasukan beruniform, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO), pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan serta graduan biasiswa kerajaan di luar negara, Brunei Assets Company dan perwakilan-perwakilan masyarakat yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta merupakan pesambah rakyat kepada raja yang adil yang sangat dikasihi serta memohon doa ke hadrat Allah S.W.T agar Baginda Sultan dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah S.W.T.

Ia juga merupakan pesembah bagi merafakkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini ke hadrat Allah S.W.T atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Majlis dianjurkan oleh Jawatankuasa Sektoral Rancangan-Rancangan Keugamaan an Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daurssalam Menaiki Takhta.