15,000 bakal hadiri ‘penghormatan’ Ali

15,000 bakal hadiri ‘penghormatan’ Ali

LOUISVILLE, 9 Jun – Semua daripada kira-kira 15,000 tiket upacara awam pada hari Jumaat di Louisville bagi menghormati lagenda tinju Muhammad Ali, di bandar paling terkenal itu telah diedarkan, menurut penganjur semalam.

Beratus-ratus orang berbaris panjang pada awal hari ini untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan kerusi di KFC Yum! Center, sebuah arena sukan yang besar, untuk majlis keagamaan pada Jumaat, di mana bekas Presiden Bill Clinton dan pelawak Billy Crystal juga akan hadir.

Ali, bekerjaya sebagai seorang peninju yang luar biasa menjadikan beliau salah seorang tokoh yang kekal pada abad ke-20, meninggal dunia minggu lepas pada usia 74 selepas bertarung sejak sekian lama dengan penyakit yang dialaminya.

Louisville, sebuah bandar terbesar di selatan negeri Kentucky dan rumah kepada 600,000 orang, pada Jumaat ini akan menjadi tuan rumah bagi sambutan besar-besaran sebagai penghormatan kepada petinju teragung itu.

Seorang lelaki melihat potret berbingkai Muhammad Ali untuk dijual di Broadway Fashionon semalam di Louisville, Kentucky. Kira-kira 15,000 tiket upacara awam hari ini di Louisville bagi menghormati lagenda tinju dunia, Muhammad Ali telah diedarkan. – AFP
Seorang lelaki melihat potret berbingkai Muhammad Ali untuk dijual di Broadway Fashionon semalam di Louisville, Kentucky. Kira-kira 15,000 tiket upacara awam hari ini di Louisville bagi menghormati lagenda tinju dunia, Muhammad Ali telah diedarkan. – AFP

“Ini adalah sebahagian daripada sejarah kita dan saya rasa seperti Muhammad Ali mempunyai legasi hebat,” kata Andeja Tyler, seorang pelayan berusia 23 tahun, yang berdiri dalam barisan menunggu untuk membeli tiket.

“Saya hanya mahu menjadi sebahagian daripadanya,” katanya. Tiket penghormatan bagi Muhammad Ali laris.”

Sesetengah orang bermalam di tempat pembelian tiket itu demi memastikan mereka dapat hadir pada acara tersebut.

“Muhammad Ali adalah seorang yang luar biasa, bukan sahaja sebagai atlet tetapi benar-benar kemanusiaan,” kata Jessica Moore, peguam pembantu daerah tempatan di daerah itu. – AFP