151 kes saman dikeluarkan

151 kes saman dikeluarkan

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) – Polis mengeluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Ops Samseng Jalanan di lima kawasan di sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi selama enam jam bermula 12.01 tengah malam itu melibatkan Jalan Coastal, Imago, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman dan Jalan Lintas.

Katanya, polis turut menahan dua individu lelaki berumur 19 dan 21 tahun atas kesalahan di bawah Seksyen 42 dan 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.