153 warga China dipenjara seumur hidup

153 warga China dipenjara seumur hidup

YANGON, 22 Julai – Sebuah mahkamah Myanmar telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 153 warga China selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembalakan haram di negeri utara Kachin, menurut pegawai hari ini.

Mahkamah Myitkyina Township juga menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua remaja bawah umur selama 10 tahun, menurut pegawai polis.

Mereka semua ditangkap semasa tindakan keras tentera ke atas pembalakan haram dan perdagangan pokok kayu pada Januari.

Mereka sudah pun dipenjara pada lewat April selama enam bulan kerana memasuki negara itu secara haram.

Myanmar mengharamkan pengeksportan kayu jati buat pertama kalinya pada April untuk mengurangkan pembasmian hutan, namun pembalakan haram masih lagi berleluasa di kawasan sempadan terpencil, terutamanya di bahagian utara negara itu. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA