157 tan kurma...

157 tan kurma kurnia diagih

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei- Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1438H/2017M yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Di majlis berkenaan, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan menyerahkan buah kurma kurnia peribadi Baginda Sultan kepada Pemerintah-pemerintah Tentera serta Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pengarah-pengarah formasi Pasukan Polis Diraja Brunei, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung di seluruh negara.

Terdahulu, Menteri Pendidikan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dalam sembah alu-aluannya menyatakan bahawa bagi 2017, sejumlah 157.5 ton metrik kurma jenis, Safawy, yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi bakal diagihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk serta pekerja asing yang beragama Islam di negara ini.

Setiap seorang akan menerima satu kotak kecil yang mengandungi 300 gram tanpa mengira umur dan taraf kerakyatan menjelang Ramadan ini.

ARTIKEL YANG SAMA