16 anak damit lahir pada HUT ABDB ke-55 Tahun

16 anak damit lahir pada HUT ABDB ke-55 Tahun

Gambar ramai ibu bapa kepada 12 anak damit yang telah dilahirkan di Hospital RIPAS bersama Datin Hajah Rasidah.
Gambar ramai ibu bapa kepada 12 anak damit yang telah dilahirkan di Hospital RIPAS bersama Datin Hajah Rasidah.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Seramai 16 orang anak damit dilahirkan semasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke-55 Tahun semalam (31 Mei).

Dua belas anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), seorang anak damit lahir di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong dan tiga anak damit dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan, Belait.

Bagi meraikan kelahiran tersebut, majlis penyampaian cenderahati telah berlangsung di Hospital RIPAS dan disempurnakan oleh isteri kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim.

Majlis penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Dayang Nor Elisa di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
Majlis penyampaian cenderahati yang telah disampaikan oleh Dayang Nor Elisa di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.

Manakala di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong majlis penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh isteri kepada Pengarah Logistik, Dayang Nor Elisa binti Abdullah dan di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait, majlis penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh isteri kepada Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Dayang Nazatul Shima binti Haji C.A Mohamed.

Setiap anak damit telah mene-rima cenderahati berupa hamper serta baucher dari ABDB, Badan Isteri-isteri Pegawai ABDB (BAKTI) dan Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA).

Dayang Nazatul Shima menyempurnakan penyampaian cenderahati di Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait.
Dayang Nazatul Shima menyempurnakan penyampaian cenderahati di Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait.

 

ARTIKEL YANG SAMA