16 Julai sebutan semula kes bunuh

16 Julai sebutan semula kes bunuh

Oleh Rafidah Jumat

 

pg01_150708_b

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Lelaki yang mengaku membunuh seorang lelaki tempatan yang mayatnya dijumpai di dalam kereta pada 23 Mei di belakang bangunan komersil di Jalan Pandan 7 berkemungkinan berdepan dengan pertuduhan tambahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin memberitahu Mahkamah bahawa siasatan telah pun dijalankan termasuk membawa Muhammad Zulkifli bin Abdul Jalil, 27, ke tempat kejadian semasa ditahan reman di Balai Polis Pusat.

Timbalan Pendakwa Raya turut membuat permohonan kepada Mahkamah untuk tertuduh ditahan reman semula di Penjara Jerudong memandangkan siasatan polis sudah selesai dan bantuannya tidak lagi diperlukan.

Timbalan Pendakwa Raya turut memohon untuk kereta mangsa dikembalikan kepada keluarganya.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula.

Tertuduh bersama seorang lagi rakannya, Muhammad Hakimi Rizal bin Abdullah @ Eyan anak Beritin yang ditemui mati dalam sel Balai Polis Pusat pada 2 Jun 2015 didakwa membunuh Ispawi bin Idris berusia 43 tahun di Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan 7, Kuala Belait antara jam 3 dan 3:30 petang pada 20 Mei.

Kesalahan membunuh membawa kepada hukuman mati.

ARTIKEL YANG SAMA