16 kesalahan dikesan dalam Ops Cekup

16 kesalahan dikesan dalam Ops Cekup

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Cubaan seorang warga asing untuk melarikan diri dengan menaiki bumbung di tingkat satu rumah dan bersembunyi dalam bilik mandi gagal apabila berjaya ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dalam serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Mukim Pengkalan Batu, malam tadi.

Siasatan awal mendapati bahawa pas melawat lelaki berkenaan telah mansuh selama 177 hari, dan dia ditahan sementara di Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPGN) JIPK bagi tapisan dan siasatan lanjut.

Menurut kenyataan JIPK hari ini, operasi dinamakan Ops CEKUP JIPK 85/20515 yang melibatkan 21 orang pegawai penguatkuasa itu dilaksanakan atas maklumat terkumpul daripada aduan orang ramai dan risikan, serta melibatkan pemeriksaan ke atas lima sasaran termasuk bilik-bilik sewa dan tempat tinggal pekerja di Mukim Sengkurong dan Mukim Gadong.

Dalam serbuan ke atas sebuah rumah sewa di Mukim Sengkurong, dua lelaki warga asing telah ditangkap apabila nama mereka tersenarai dalam senarai pekerja lari daripada majikan dan dilaporkan lari di BPGN JIPK Kuala Belait malah pas kedua-duanya telah mansuh, masing-masing selama 1,802 hari dan 788 hari.

Ketua operasi menyoal siasat lelaki warga asing yang dipercayai bertindak selaku agen dan menyimpan pasport sehingga mansuh.
Ketua operasi menyoal siasat lelaki warga asing yang dipercayai bertindak selaku agen dan menyimpan pasport sehingga mansuh.

Di Mukim Gadong pula, serbuan ke atas bilik sewa telah menahan seorang lelaki asing bertatu di lengan yang bersembunyi dalam bilik mandi, dan telah dibawa ke BPGN JIPK BSB kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah dan melalui tapisan lanjut mendapati pas imigresennya juga telah mansuh selama 712 hari.

Sementara itu, pemeriksaan ke atas sebuah bilik sewa salah seorang warga asing yang dipercayai bertindak sebagai ejen telah menemui tiga pasport yang telah mansuh pas imigresennya (dua mansuh selama 239 hari dan satu lagi selama 140 hari).

Pegawai bertugas menyoal siasat pesalah imigresen setelah didapati berduaan dalam usahanya untuk melarikan diri dan bersembunyi.
Pegawai bertugas menyoal siasat pesalah imigresen setelah didapati berduaan dalam usahanya untuk melarikan diri dan bersembunyi.
Pegawai bertugas membuat catatan lelaki asing yang tinggal di bilik sewa.
Pegawai bertugas membuat catatan lelaki asing yang tinggal di bilik sewa.

Lelaki berkenaan bersama dua orang pemilik pasport warga asing berkenaan telah ditahan bagi tapisan dan siasatan lanjut, manakala itu, pasport dan dokumen lainnya dirampas untuk dijadikan bahan bukti.

Menerusi operasi berkenaan, secara keseluruhannya, seramai 16 orang warga asing termasuk enam orang lelaki warga asing yang mansuh pas imigresen telah dibawa ke BPGN JIPK BSB bagi tapisan dan siasatan lanjut.

Menurut kenyataan itu lagi, lima pas khas juga telah dikeluarkan ke atas warga asing dan satu surat panggilan dikeluarkan ke atas majikan bagi siasatan lanjut.

pihak jabatan juga mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen dengan menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA