16 lagi pegawai FIFA hadapi tuduhan

16 lagi pegawai FIFA hadapi tuduhan

WASHINGTON, 4 Dis (AFP) – Enam belas lagi pegawai tertinggi bola sepak didakwa terbabit dalam skandal rasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan 92 tuduhan dikemukakan terhadap mereka oleh pendakwa raya Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS).

Beberapa pegawai kanan FIFA daripada barisan kepemimpinan dahulu dan sekarang dinamakan dalam 92 tuduhan itu selepas beberapa siri serbuan di sebuah hotel mewah di Zurich yang menjadi tempat penginapan pegawai FIFA.

Antara mereka yang didakwa hari ini ialah Presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Juan Angel Napout, dan Alfredo Hawit, presiden ZON Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).

Tokoh lain ialah Ricardo Teixeira, bekas presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil yang juga bekas naib presiden FIFA.

Turut menghadapi tuduhan ialah Ariel Alvarado, pegawai bola sepak Panama yang kini menganggotai Jawatankuasa Disiplin FIFA.

Kombinasi gambar para pegawai FIFA yang terlibat dalam skandal rasuah. (Atas dari kiri) Juan Angel Napout, Manuel Burga, Carlos Chavez, Luís Chiriboga, Marco Polo del Nero, Eduardo Deluca, Jose Luis Meiszner, Romer Osuna dan Ricardo Teixeira. – AFP
Kombinasi gambar para pegawai FIFA yang terlibat dalam skandal rasuah. (Atas dari kiri) Juan Angel Napout, Manuel Burga, Carlos Chavez, Luís Chiriboga, Marco Polo del Nero, Eduardo Deluca, Jose Luis Meiszner, Romer Osuna dan Ricardo Teixeira. – AFP

Lynch mendedahkan lapan lagi individu yang didakwa sejak pihak berkuasa menyerbu kali pertama dan membuat penahanan di Switzerland, Mei lalu, kini sudah mengaku salah.

“Saya boleh laporkan lapan lagi tertuduh sudah bersetuju untuk mengaku bersalah kerana pembabitan mereka dalam kegiatan rasuah,” katanya.

Antara mereka yang mengaku salah ialah Jeffrey Webb, bekas naib presiden FIFA dan juga presiden of CONCACAF.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk pengakuan itu, Webb bersetuju menyerahkan kembali AS$6.7 juta aset yang dimilikinya.