16 maut, 2 cedera dalam serangan bom petrol di kelab Kaherah

16 maut, 2 cedera dalam serangan bom petrol di kelab Kaherah

KAHERAH, 4 Dis (AFP/Reuters) – Serangan bom petrol ke atas sebuah kelab disko Kaherah telah membunuh sekitar 16 orang dan mencederakan dua orang pada pagi hari ini ketika kebakaran meletus, menurut polis.

Polis melancarkan pencarian selepas pelakunya melarikan diri dari tempat pengeboman di bandar kejiranan Agouza, Mesir.

Jumlah kematian awal mencatatkan seramai 12 orang. Asap tebal telah dilihat berkepul-kepul dari kelab malam yang terbakar.

Para penyiasat forensik mengumpul bahan bukti di tempat kejadian serangan bom petrol di sebuah kelab disko Kaherah di kejiranan Agouza, daerah Giza, Mesir semalam. – AFP
Para penyiasat forensik mengumpul bahan bukti di tempat kejadian serangan bom petrol di sebuah kelab disko Kaherah di kejiranan Agouza, daerah Giza, Mesir semalam. – AFP

Menurut sumber keselamatan, serangan itu kelihatannya berpunca daripada pertikaian antara para pekerja kelab malam dan sekumpulan remaja, dan menurut seorang pegawai lain, penyerangnya merupakan pekerja yang telah dibuang kerja dari restoran tersebut.

Mangsa-mangsa letupan terdiri daripada mereka yang rentung akibat kebakaran atau meninggal dunia kerana terhidu asap di restoran yang juga kelab malam, terletak di tingkat bawah yang tiada menyediakan laluan lain untuk para mangsa cuba menyelamatkan diri.