16 maut dalam kejadian tanah runtuh di China

16 maut dalam kejadian tanah runtuh di China

BEIJING, 15 Nov (AFP) – Satu kejadian tanah runtuh yang telah menimpa rumah-rumah di China telah sekurang-kurangnya 16 orang, dengan 21 masih hilang, apabila hujan lebat membawa kesengsaraan ke seluruh negara itu.

Gambar-gambar yang dipaparkan pada Sina Weibo, versi Twitter China, menunjukkan pasukan-pasukan penyelamat bekerja semalaman mencuba untuk menarik keluar mangsa yang tertimbus dalam lumpur dan batu yang telah menimbus 27 rumah di wilayah Zheijang.

Lebih daripada 300 orang telah dipindahkan selepas kejadian itu, dengan 21 rumah tambahan dibanjiri berikutan bencana itu, yang melanda pada lewat Jumaat,menurut penyiar negeri CCTV.

Sementara itu, wilayah tengah Hunan dilanda oleh banjir musim sejuk yang paling teruk dalam 50 tahun, agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, memaksa ribuan untuk berpindah.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Zheijang, China. – Reuters
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di wilayah Zheijang, China. – Reuters

Kira-kira 8,200 orang ditempatkan semula selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir itu, menurut Xinhua, dengan lebih daripada 87,000 orang terjejas dengan banjir, yang menyebabkan terputus bekalan elektrik dan penutupan jalan-jalan.

Banjir itu, yang juga memusnahkan tanaman-tanaman, adalah yang paling teruk sejak penyimpanan rekod bermula pada 1961, menurut pihak berkuasa cuaca wilayah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Banjir berkemungkinan akan berterusan dengan hujan lebat dijangka berterusan hingga Rabu, menurut Xinhua.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan anggota penyelamat memandu bot-bot melalui jalan-jalan kampung dan menyelamat para penduduk melalui tingkap mereka.

Air melebihi tiga meter di atas paras berjaga-jaga pada Jumaat, menurut Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA