16 maut dalam kemalangan bas di Mexico

16 maut dalam kemalangan bas di Mexico

COATZACOALCOS, Mexico, 11 Jan (AFP) – Sebuah bas yang membawa peminat pemain bola sepak amatur menjunam ke dalam sungai selepas tergelincir dari jambatan di timur Mexico kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang mati, kata pihak berkuasa.

Manakala 10 orang cedera dalam kemalangan itu di perbandaran Atoyac di negeri timur Veracruz, kata pegawai.

Siasatan awal mendapati bas dipandu laju, menyebabkan pemandu ‘hilang kawalan’ apabila ia melalui bonggol dan memecahkan halangan keselamatan, kerajaan negeri berkata dalam satu kenyataan.

Bas “jatuh ke dalam dasar sungai Atoyac,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa “16 mayat dan 10 orang yang cedera telah pulih.”

Badan mangsa diletakkan di usungan apabila para penyelamat mencari para mangsa lain di lokasi kemalangan bas yang berlaku di sebuah jambatan lebuh raya di Atoyac. – Reuters
Badan mangsa diletakkan di usungan apabila para penyelamat mencari para mangsa lain di lokasi kemalangan bas yang berlaku di sebuah jambatan lebuh raya di Atoyac. – Reuters

Pegawai perlindungan awam tempatan melaporkan dalam laporan awal mengatakan lapan orang telah mati dan 30 cedera.

Bas itu membawa pemain bagi satu permainan bola sepak amatur, kata pegawai tempatan. Kanak-kanak adalah antara penumpang nahas kemalangan tersebut.