16 maut dirempuh trak

16 maut dirempuh trak

MEXICO CITY, 30 Julai (AFP) – Sebuah trak merempuh orang ramai di tengah Mexico menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 30 yang lain cedera, kata pihak berkuasa tempatan.

Kira-kira 200 orang awam menyertai perarakan keagamaan di jalan utama bandar Mazapil, negeri Zacatecas apabila trak merempuh orang ramai lewat petang semalam.

Pegawai di agensi perlindungan awam negeri berkata, trak berkenaan dipercayai mengalami kerosakan brek dan merempuh orang ramai yang sedang menuju ke gereja.

Dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha Agung kerajaan negeri, Jaime Santoyo Castro, berkata 16 orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Pemandu lori dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian, katanya.