16 maut nahas bas Peru

16 maut nahas bas Peru

LIMA, 19 Jan – Sekurang-kurangnya 16 maut apabila sebuah bas terjunam dari laluan di kawasan pergunungan dan terjunam ke sungai pada Isnin, kata polis.

Jurucakap polis wilayah Junin, Jose Mendoza berkata, pemandu bas terbabit yang membawa penumpang dari bandar Pichanaki dikatakan hilang kawalan dan menyebabkannya terjunam pada ketinggian 35 meter ke Sungai Tarma.

Bas berkenaan membawa sekurang-kurangnya 26 orang dan menyebabkan 10 yang lain cedera.

Mendoza berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan pemandu memecut laju dan hilang kawalan di kawasan selekoh. – AFP