16 pasukan berentap Piala Mum Bakery

16 pasukan berentap Piala Mum Bakery

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Pertarungan pasukan bola keranjang terbaik di Negara Brunei Darussalam bakal menyaksikan sebanyak 16 pasukan berentap untuk merebut gelaran juara dan menjulang Piala Mum Bakery.

Kejohanan tahunan itu dijadualkan bermula pada 25 Julai di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam di Batu Bersurat, Gadong dan akan menyaksikan pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan di mana mereka akan memulakan perlawanan pada 25 Julai, jam 8.30 malam.

Beraksi dalam kumpulan A ialah D’Sunlit TLR, I Cyber dan Concept Computer, Kumpulan B adalah Easyway, Alcatel One Touch, Fuzhou Shiyyi dan Morsjaya Jouramas, Kumpulan C adalah MK Pacquiao, Buildcon Concrete, Lian Fu dan Znetic Mars manakala Kumpulan D adalah Bearctas (YTE), Concept Technology, Infra Red dan Akira/Kim Engineering.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung selama kira-kira sebulan di mana pasukan akan beraksi pada pusingan awal untuk menentukan dua pasukan teratas setiap kumpulan untuk mara ke suku akhir, separuh akhir dan final.

Kejohanan itu selain daripada dihasratkan untuk meningkatkan lagi mutu pemain tempatan dan memajukan sukan berkenaan di Brunei, ia juga turut bermatlamat untuk meningkatkan amalam gaya hidup sihat menerusi kegiatan sukan.