16 pasukan berhimpun bagi persaingan Copa America

16 pasukan berhimpun bagi persaingan Copa America

SANTA CLARA, AS, 3 Jun – Pesta persaingan bola sepak antarabangsa tertua dunia yang dipenuhi pemain bintang akan dilangsungkan di California hari ini, apabila Pasukan Amerika Syarikat (AS) menentang Colombia untuk memulakan Copa America Centenario.

Sebanyak enam belas buah pasukan dari seluruh AS berhimpun di AS bagi persaingan Copa America, yang diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-100 perlawanan itu.

Lionel Messi, Luis Suarez dan James Rodriguez adalah di antara bintang–bintang yang akan beraksi sepanjang perlawanan yang akan diadakan bermula 3 hingga 26 Jun itu, yang dilangsungkan biarpun persediaan dibelenggu dengan dakwaan rasuah yang mengancam menjejaskan acara itu.

Sepuluh buah pasukan dari Amerika Selatan disertai oleh enam buah pasukan dari Amerika Utara, Amerika Tengah dan rantau Caribbean (CONCACAF), dalam apa yang dilihat perlawanan terbesar yang diadakan di AS sejak Piala Dunia 1994. Perlawanan itu berpotensi menjadi pratonton tidak rasmi Piala Dunia 2026, di mana pegawai AS telah memberikan isyarat mereka berazam untuk meningkatkan bidaan yang mana bola sepak di AS semakin popular.

Stadium Levi’s di Santa Clara, tempat pasukan San Francisco 49ers dan tempat bagi Super Bowl tahun ini dijangka akan menempatkan 68,500 kapasiti hari ini bagi perlawanan pembukaan Kumpulan A di antara AS menentang Colombia.

Sama ada penonton meminta bagi perlawanan lain adalah diragukan; segelintir menjangka beberapa perlawanan melibatkan persaingan pasukan bawahan yang menjadi perhatian. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA