16 pasukan meneruskan cabaran

16 pasukan meneruskan cabaran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Sebanyak 16 pasukan bakal meneruskan cabaran masing-masing di dalam pusingan kedua Piala Presiden DST Persatuan Bola sepak Veteran Brunei Darussalam setelah selesai melengkapkan jadual permainan masing-masing di peringkat kumpulan.

Dalam Kumpulan A, Pasukan I team akan diiringi Pasukan Riwayat FC, manakala Pasukan RB Veteran akan diiringi Pasukan Manggis FC bagi kumpulan B, BESA FC akan disertai Pasukan Kilugus FC bagi Kumpulan C dan BSRC akan disertai T.J. FT bagi Kumpulan D.

Pasukan XN FT pula menerajui Kumpulan E diiringi oleh Pasukan Al-Idrus, diikuti oleh Pasukan Stoneville FC yang menjuarai Kumpulan F disertai IKLS Veteran, Kumpulan G pula menyaksikan Rimba Star FC akan diiringi pasukan Oldstars dan kumpulan terakhir Kumpulan H akan menampilkan Mohais FC bersama AKSE Bersatu.

Pada beberapa perlawanan terakhir menyaksikan Al-Idrus mengalahkan Cle’as FT dengan jaringan 8-2, Mohais FC menewaskan PSJD dengan jaringan 4-2, MPK PB tewas kepada Rimba Star FC 2-15 dan Setia Bakti FC tewas di tangan Stonville FC 3-5.

ARTIKEL YANG SAMA