16 pelajar diraikan

16 pelajar diraikan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 7 Sept – Majlis khatam Al-Quran Darjah 6 bagi sekolah-sekolah agama kelmarin diteruskan lagi bagi dua buah sekolah iaitu gabungan Sekolah Ugama (SU) Bukit Udal dan SU Dato Pemancha Saging (DPS) Ukong yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Bukit Udal, Tutong.

Seramai 16 orang murid Darjah 6 yang terdiri daripada sembilan orang murid dari SU Bukit Udal dan tujuh orang dari SU DPS Ukong diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir selaku tetamu khas ialah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Hajah Norlee Rohaini binti Mohd Daud.

Gabungan Sekolah Ugama Bukit Udal dan Sekolah Ugama Dato Pemancha Saging (DPS) Ukong mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6, kelmarin.
Gabungan Sekolah Ugama Bukit Udal dan Sekolah Ugama Dato Pemancha Saging (DPS) Ukong mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6, kelmarin.
Pengerusi bersama majlis khatam Al-Quran menyampaikan cenderahati kepada tetamu khas, Hajah Norlee Rohaini.
Pengerusi bersama majlis khatam Al-Quran menyampaikan cenderahati kepada tetamu khas, Hajah Norlee Rohaini.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi dorongan dan galakan kepada murid-murid sekolah itu untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum menamatkan persekolahan agama dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan penjaga murid.

Murid-murid juga diharap akan mendalami ilmu bacaan Al-Quran dan seterusnya menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup mereka buat selama-lamanya.

ARTIKEL YANG SAMA