16 pelajar IBTE kunjungi Hutan Simpan Sg. Liang

16 pelajar IBTE kunjungi Hutan Simpan Sg. Liang

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 13 Jan – Seramai 16 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Marin, Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) telah menyertai lawatan ke Hutan Simpan Sungai Liang, hari ini.

Lawatan anjuran Jabatan Core Studies dengan kerjasama Bahagian Matematik dan Sains itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan stamina, ketahanan mental dan fizikal dalam kalangan pelajar mengharungi cabaran.

Selain itu, ia juga turut bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada keindahan alam sekitar yang terdapat di daerah ini, serta bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan dan juga guru-guru.

Pelajar Diploma Kejuruteraan Marin, IBTE Kampus MKJB semasa lawatan ke Hutan Simpan Sungai Liang.
Pelajar Diploma Kejuruteraan Marin, IBTE Kampus MKJB semasa lawatan ke Hutan Simpan Sungai Liang.

Dengan adanya lawatan seperti itu, dihasratkan para pelajar dapat lebih menghargai alam sekitar di samping menimbulkan rasa tanggungjawab akan pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

Selain itu, ia juga dapat menanamkan cara gaya hidup yang sihat melalui riadah dan memupuk serta menanam semangat para pelajar dalam mewujudkan sikap bekerjasama tolong menolong, bersatu padu dan setia kawan sesama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA