16 pelanggan KBSentral menang hadiah

16 pelanggan KBSentral menang hadiah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 28 Nov – Pusat Membeli-Belah KBSentral, hari ini, telah mengadakan Cabutan Bertuah Bulanan bagi bulan November yang berlangsung di pusat membeli-belah berkenaan.

Pada majlis itu, hadiah pertama berupa TV LED 43 inci jenama LG telah dimenangi oleh Pengiran Jamilah binti Pengiran Hassan yang terpilih daripada senarai nama 500 orang bagi cabutan bulan ini.

Sementara itu, 15 orang pemenang lain pula membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik berjenama Philip seperti pengisar, pembuat kopi, periuk nasi, pemangang roti dan pencetak, serta baucar-baucar termasuk penginapan di Hotel Garden Sentral.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah utama dalam cabutan bertuah bulan November ialah Pengarah Urusan Beesket Store Brunei di KBSentral, Chang See Tang.

Antara pemenang-pemenang yang bertuah membawa pelbagai hadiah menarik semasa acara cabutan bertuah KBSentral bagi bulan November.
Antara pemenang-pemenang yang bertuah membawa pelbagai hadiah menarik semasa acara cabutan bertuah KBSentral bagi bulan November.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengurus Pasaran dan Acara KBSentral, Awang Anwar bin Rosly yang kemudiannya memulakan cabutan bagi enam pemenang, disusuli kemudiannya cabutan oleh Penyelia Rancangan Radio Television Brunei (RTB) Kuala Belait, Dayang Naemah binti Awang bagi lima hadiah.

Di samping itu, acara turut diselang-selikan dengan soalan kuiz yang turut menyediakan hadiah berupa baucar daripada peniaga-peniaga di pusat beli-belah tersebut kepada pengunjung yang berjaya menjawabnya. Cabutan bertuah bagi siri ketiga dijangka akan diadakan pada 8 Januari depan manakala itu, siri terakhir cabutan berkenaan akan diadakan pada 9 Julai 2017.