16 pencari suaka kembali ke Indonesia

16 pencari suaka kembali ke Indonesia

JAKARTA, 27 Nov (Reuters) – Indonesia hari ini melahirkan kebimbangan bahawa Australia telah menahan dan mengembalikan 16 pencari suaka yang mana bot Indonesia mereka telah dipintas oleh tentera laut Australia seminggu lalu tanpa memaklumkan pihak berkuasa Indonesia.

Bot itu dirampas Jumaat lalu dalam jarak 200 meter Pulau Christmas, menurut sumber yang mengetahui tentang kejadian itu. pihak berkuasa Australia menahan pencari-pencari suaka yang berasal dari Bangladesh, India dan Nepal selama empat hari sebelum menghantar mereka pulang ke Indonesia, lapor agensi berita rasmi Indonesia, Antara.

“Kami bimbang apabila sesetengah negara seperti Australia, daripada memaklumkan dan bekerjasama dengan kami, mereka mengambil langkah sehala dan menolak dan mengundurkan bot,” Hasan Kleib, ketua pengarah hal ehwal pelbagai hala kementerian luar Indonesia memberitahu para pemberita.

“Berbincanglah dengan kami, hubungi penguat kuasa undang-undang tentang apa yang harus dilakukan dengan ini, daripada hanya mengalihkan bebanan, mengalihkan tanggung jawab kembali kepada Indonesia,” Kleib berkata ketika menghadiri persidangan berhubung penghijrahan tidak teratur.

PBB dan kumpulan hak asasi kemanusiaan mengkritik Australia berhubung dasar berpendirian kerasnya berhubung memintas pencari suaka yang datang dengan menaiki bot.

Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo buat pertama kali bulan ini, dengan harapan memulihkan hubungan yang regang oleh presiden sebelumnya, Tony Abbot, yang telah mengundang kemarahan Jakarta dengan dasarnya menunda balik ke Indonesia, kapal-kapal yang membawa pencari suaka, adalah antara isu-isu lain. PBB dan kumpulan hak asasi kemanusiaan mengkritik Australia berhubung dasar pendirian kerasnya.

Kerajaan Australia enggan mengesahkan atau mengulas tentang kejadian terbaru itu. Kleib berkata ia tidak akan menjejaskan hubungan antara Indonesia dan Australia.

ARTIKEL YANG SAMA