16 sertai korban UNISSA

16 sertai korban UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seramai 16 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) serta keluarga masing-masing melaksanakan ibadah korban dan akikah pada Majlis Ibadah Korban dan Akikah yang diadakan di Gimnasium, UNISSA, kelmarin.

Menurut kenyataan UNISSA, di sini, seekor lembu, seekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorbankan dan diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar kampus dan warga UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Dr. Haji Norarfan ketika mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima yang menyertai acara korban berkenaan.
Dr. Haji Norarfan ketika mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima yang menyertai acara korban berkenaan.

Majlis itu bertujuan untuk mensyukuri nikmat Allah Subhanahu Wata’ala dengan berkongsi melalui ibadah korban dan akikah dan juga bagi menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di UNISSA serta memberi peluang kepada warga UNISSA dan keluarga dalam melaksanakan ibadah korban dan akikah.

Antara lain tujuannya untuk mengambil berat tentang kepentingan ibadah korban di kalangan warga UNISSA yang berugama Islam di samping sebagai salah satu aktiviti tahunan universiti berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah para pegawai dan kakitangan serta para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

ARTIKEL YANG SAMA