16 sertai peraduan hafaz surah lazim

16 sertai peraduan hafaz surah lazim

TEMBURONG, 26 Mei – Awang Akmal Danish Mizwar bin Haji Amirudin wakil Sekolah Rendah Sultan Hashim Batu Apoi dan Dayang Nurul Haziqah binti Sulaiman wakil Sekolah Rendah Amo, muncul johan bagi kategori masing-masing dalam Peraduan Menghafaz Surah-surah Lazim bagi Murid-murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan hadiah ialah Pengetua Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Awang Yusof bin Haji Mohamad.

Majlis yang diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar itu turut dihadiri para pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Dalam peraduan itu, seramai 16 peserta telah menyertai pertandingan berkenaan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan.

Majlis diakhiri dengan persembahan tausyeh daripada pelajar lelaki. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Johan kategori pelajar perempuan ketika memperdengarkan bacaan beliau dalam peraduan tersebut.
Johan kategori pelajar perempuan ketika memperdengarkan bacaan beliau dalam peraduan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA