16 terbunuh dalam letupan pejabat kerajaan Pakistan

16 terbunuh dalam letupan pejabat kerajaan Pakistan

ISLAMABAD, 29 Dis – Satu letupan di luar pejabat kerajaan di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang semalam, kata seorang pegawai hospital kepada stesen televisyen Pakistan.

Kira-kira 30 orang cedera dalam letupan di bandar barat laut Mardan, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, seorang doktor di sebuah hospital memberitahu TV GEO.

Polis memberitahu Reuters letupan itu terjadi di cawangan pangkalan data pihak Berkuasa Pendaftaran Negara, yang mengeluarkan kad pengenalan kerajaan. – Reuters

Anggota berkuasa mengawal di hadapan pintu utama pejabat kerajaan di Bandar Mardan.
Anggota berkuasa mengawal di hadapan pintu utama pejabat kerajaan di Bandar Mardan.

ARTIKEL YANG SAMA