165 penumpang terkandas

165 penumpang terkandas

MONTREAL, 20 April (AFP) – Kerosakan pesawat Air France menyebabkan 165 penumpang terkandas di bandar ini sejak Ahad lalu dan syarikat penerbangan itu berkata ia memerlukan sehari lagi untuk menerbangkan mereka.

Penerbangan Airbus A340 itu membuat satu pelepasan berjadual dari bandar Kanada ke Paris Ahad lalu, namun terpaksa berpatah balik sejurus berlepas.

Penumpang diminta menunggu pesawat dibaiki berbanding menaiki penerbangan lain.

“Kami menunggu dua hari untuk penerbangan ke Paris,” kata penumpang Didier Pasquet kepada AFP petang semalam.

Gambar fail bertarikh 20 November 2009 menunjukkan Airbus A340 Air France berada di Lapangan Terbang Roissy. – AFP
Gambar fail bertarikh 20 November 2009 menunjukkan Airbus A340 Air France berada di Lapangan Terbang Roissy. – AFP

“Pengalaman buruk dan percutian yang terjejas,” tulis Daniel Dahan dalam Twitter.

Seorang jurucakap Air France berkata, kebanyakan penumpang dipindahkan ke dua penerbangan lain syarikat itu malam semalam. Bakinya akan mendapat kerusi menunggu dengan penerbangan lain termasuk KLM, Air Transat dan Air Canada kelmarin.

Syarikat itu berjanji, semua penumpang akan tiba di Paris selewat-lewatnya hari ini.