17 hilang akibat taufan Lionrock

17 hilang akibat taufan Lionrock

TOKYO, 1 Sept – Seramai 17 orang tidak dapat dikesan di Jepun hari ini setelah Taufan Lionrock melanda kawasan utara negara, mengakibatkan 11 orang terbunuh dan kira-kira 1,600 terputus hubungan di komuniti terpencil, kata pegawai.

Sepuluh orang meninggal dunia di bandar Iwaizumi selepas ia dilanda aliran air sungai dan lumpur, dengan sembilan di antara mereka terbunuh di rumah penjagaan untuk orang tua.

Taufan itu, yang membawa angin dengan kelajuan melebihi 160 kilometer sejam mendarat di pantai Pasifik utara Jepun pada petang semalam.

Ia melanda rantau itu, membawa hujan lebat ke kawasan yang luas, menyebabkan komuniti terkandas, dengan jalan raya dan jambatan dimusnahkan atau tersekat, kata pihak berkuasa. Sembilan daripada 10 orang yang terbunuh di bandar ditemui pada pagi ini tertimbus dalam bangunan penjagaan orang tua selepas air, lumpur, pokok dan runtuhan merempuh bangunan berkenaan.

Sebuah kereta terbalik di tepi sebuah rumah penjagaan warga tua dimana sembilan orang ditemui mati selepas taufan Lionrock melanda Iwaizumi, wilayah Iwate, kelmarin. – AFP
Sebuah kereta terbalik di tepi sebuah rumah penjagaan warga tua dimana sembilan orang ditemui mati selepas taufan Lionrock melanda Iwaizumi, wilayah Iwate, kelmarin. – AFP

Seorang lagi mayat ditemui tidak jauh daripada rumah penjagaan, sementara seorang lagi meninggal dunia di bandar Kuji. Iwaizumi, dengan penduduk berjumlah 10,000 orang, gagal mengeluarkan amaran pemindahan berhampiran rumah penjagaan, menurut kerajaan wilayah Iwate.

Pusat penjagaan orang tua juga gagal merangsa satu pelan pemindahan sekiranya berlaku banjir, kata akhbar Asahi Shimbun.

Lionrock juga mencetuskan kemusnahan di Hokkaido, pulau paling utara daripada empat pulau utama di Jepun, membanjiri sebahagian besar kawasan di rantau pertanian itu, meninggalkan sekurang-kurangnya tiga orang hilang, menurut kerajaan.

Kesan kerosakan yang menghanyutkan rumah dan menterbalik kenderaan mengingatkan semula kesan selepas tsunami pada Mac 2011 yang memusnahkan pantai Pasifik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA