17 kapal layar singgah di Muara

17 kapal layar singgah di Muara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dengan kerjasama Intrepid Management Services Sdn Bhd petang tadi menyambut kedatangan sebanyak 17 buah kapal layar di Perairan Brunei.

Kedatangan kapal-kapal layar bersama 35 orang anak kapal itu adalah atas inisiatif syarikat pengendali pelancong tersebut dalam usaha untuk membantu mempelbagaikan produk pelancongan maritim Negara Brunei Darussalam.

Ketibaan rombongan kapal-kapal layar tersebut di Pantai Serasa, Muara dialu-alukan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

Menurut Haji Khairuddin, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan percaya bahawa aktiviti seperti ini boleh meningkatkan imej Negara Brunei Darussalam dalam sektor pelancongan serantau di samping membuka peluang bagi perairan Brunei menjadi laluan acara-acara yang bertaraf antarabangsa.

Haji Khairuddin mengalu-alukan kedatangan para pelayar yang datang dengan kapal layar berkumpulan dari Malaysia.
Haji Khairuddin mengalu-alukan kedatangan para pelayar yang datang dengan kapal layar berkumpulan dari Malaysia.

Pelayaran kapal-kapal layar tersebut adalah secara berkumpulan di bawah acara Sail Malaysia bermula dari Langkawi dan berakhir di Sabah, Malaysia.

Kapal-kapal layar itu mengambil peluang untuk singgah di Negara Brunei Darussalam selama empat malam untuk mengikuti pakej pelancongan yang ada di Negara Brunei Darussalam sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Sabah.

ARTIKEL YANG SAMA