17 korban serangan nekad berkembar di Nigeria

17 korban serangan nekad berkembar di Nigeria

LAGOS, 29 Dis – Seramai 17 orang terbunuh apabila dua pengebom wanita menyerang sebuah stesen bas di timur laut Nigeria, menurut pegawai dan ahli perundangan hari ini.

Para saksi pada awalnya memberi jumlah kematian kira-kira 36 dalam serangan kelmarin di Madagali, negeri Adamawa.

Jumlah sebenar kematian adalah 17, Pesuruhjaya Penerangan Kerajaan Adamawa, Ahmad Sajoh dan ahli perundangan tempatan, Emmanuel Tsamdu memberitahu dpa.

Berpuluh orang juga dilaporkan cedera.

Pengeboman berani mati berkembar itu diikuti dengan siri serangan bom dan senjata di kawasan Maiduguri di negeri kejiranan Borno pada Ahad dan kelmarin.

Kira-kira 14 remaja perempuan yang menjadi pengebom berani mati telah membunuh 25 orang, akhbar harian Premium Times memetik tentera sebagai berkata. Beberapa laporan mengatakan jumlah kematian hampir mencecah 60 orang. Serangan berlaku selepas tentera menentang pemberontak Islam di kawasan itu.

Presiden Muhammadu Buhari mengatakan baru-baru ini yang Nigeria ‘secara teknikalnya memenangi perang itu’ menentang kumpulan Boko Haram, yang membunuh ribuan orang di utara negara tersebut. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA