17 lagi didakwa atas serangan lapangan terbang

17 lagi didakwa atas serangan lapangan terbang

ISTANBUL, 5 Julai – Seramai 17 orang termasuk 11 warga Rusia telah didakwa berhubung serangan lapangan terbang Istanbul, lapor agensi berita Dogan hari ini, membawa jumlah orang yang didakwa atas serangan nekad kepada 30.

Suspek terbaru, yang juga termasuk enam warga Turki, telah didakwa ‘terlibat dalam kumpulan pengganas bersenjata’.

Ankara berkata kumpulan Islamic State (IS) adalah dalang di sebalik serangan bom dan senjata pada 28 Jun di lapangan terbang antarabangsa Ataturk, yang mengakibatkan 45 orang maut termasuk 19 warga asing.

Seramai 13 suspek sudah pun didakwa pada Ahad dalam kaitan beberapa serangan terburuk yang melanda bandar terbesar Turki itu tahun ini.

Polis juga menahan dua suspek kumpulan jihad IS – warga Kyrgyzstan – di lapangan terbang pada Ahad. Teropong malam dan pakaian tentera dilaporkan turut ditemui dalam bagasi mereka, bersama pasport pelbagai nama.

Lelaki berkenaan baru saja tiba di Istanbul dari Ukraine, lapor televisyen NTV. – AFP