17 lagi mayat ditemui di Nepal

17 lagi mayat ditemui di Nepal

KATHMANDU, 5 Ogos (Reuters) – Penduduk kampung di Nepal telah menemui 17 orang yang hilang selepas seluruh kampung ditimbus dalam runtuhan tanah yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat pada 25 April, kata pegawai hari ini.

Pentadbir Shiva Ram Gelal berkata mayat ditemui di kampung Langyang, destinasi mengembara berjalan kaki 60 km dari utara ibu negara, Kathmandu, selepas hujan menghanyutkan mereka.

“Mayat 17 mangsa dengan tangan, kaki patah telah ditemui,” kata Gelal, menambah hujan yang turun tanpa henti-henti dan jerebu tebal menghalang anggota mencari daripada terbang ke Langtang untuk mengeluarkan mayat.

Masih tidak jelas sama ada mayat adalah penduduk kampung atau pengembara berjalan kaki. Mereka akan dibawa ke Kathmandu dengan kapal terbang untuk dikenal pasti, kata Gelal.

Satu gempa bumi besar pada 25 April mencetuskan beberapa siri runtuhan tanah di lembah Langtang dan beribu-ribu rumah ditimbus atau dimusnahkan oleh aliran lumpur dan batu.

Pekerja menyelamat telah menemui 197 mayat di lembah dan pegawai polis Prabin Pokharel berkata 134 orang masih hilang di sana. Kira-kira 8,900 orang terbunuh dalam dua gempa bumi di Nepal pada April dan Mei, bencana negara paling teruk.

ARTIKEL YANG SAMA