17 maut di rumah perlindungan warga emas

17 maut di rumah perlindungan warga emas

KIEV, 29 Mei – Seramai 17 orang meninggal dunia apabila kediaman sementara bagi orang tua di luar bandar Kiev, Ukraine terbakar pada awal pagi hari ini, menurut perkhidmatan kecemasan.

“Kesemua mayat ditemui di tapak kebakaran itu,” kata ketua perkhidmatan kecemasan negara Ukraine, Mykola Chechetkin, dalam satu komen yang disiarkan oleh pejabatnya.

Kebakaran itu meletus di seluruh tempat perlindungan sementara dua tingkat yang menempatkan warga emas, di kampung Litochky, kira-kira 50km utara Kiev.

Memetik maklumat awal, perkhidmatan itu mengatakan 35 orang berada di tempat perlindungan itu apabila kebakaran meletus pada awal pagi ini.

Seramai 18 orang telah diselamatkan dan lima daripada mereka telah dimasukkan ke hospital, menurut perkhidmatan, menambah bahawa kebakaran itu telah berjaya dipadamkan.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu, menurut kerajaan dalam satu kenyataan, menambah bahawa Perdana Menteri Volodymyr Groysman telah menugaskan para pegawai menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat kebakaran itu.

Groysman mengutus takziah kepada ahli keluarga yang terlibat dalam ‘tragedi dahsyat’ itu,” menurut kerajaan dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA