17 maut lori terjun gaung

17 maut lori terjun gaung

LIMA, 9 Jun (dpa) – Tujuh belas orang yang menumpang di bahagian belakang sebuah lori terbunuh apabila kenderaan tersebut terjunam 100 meter ke dalam gaung di pergunungan Andes di peru, menurut pihak berkuasa semalam.

Mangsa yang maut adalah para pelajar sekolah, ibu bapa dan guru-guru dari sekolah tempatan, Ruben Alva, gabenor wilayah Huanuco, memberitahu stesen radio Peru, RPP.

“Di kawasan pedalaman orang ramai membuat perjalanan dengan banyak cara termasuk dengan cara menumpang di bahagian belakang kenderaan terutama lori,” katanya.

Tiga puluh orang cedera dalam nahas itu, yang berlaku pada lewat Ahad lepas di wilayah Yarowilca.

Mereka dalam perjalanan pulang dari satu perarakan sempena ulang tahun wilayah berkenaan.

Pemandu lori tersebut terselamat dan kini berada dalam tahanan manakala punca nahas masih dalam siasatan.

Alva berkata jalan raya dalam keadaan baik dan pemandu adalah suspek utama yang melakukan kecuaian.

Mangsa yang cedera, berusia di antara 9 dan 15 tahun, sedang dirawat di hospital tempatan, dengan tujuh daripada mereka dipindahkan ke hospital Lima ekoran kecederaan teruk yang mereka alami.

ARTIKEL YANG SAMA