17 maut minum minuman keras beracun

17 maut minum minuman keras beracun

NEW DELHI, 17 Julai – Tujuh belas pekerja telah terbunuh dan kira-kira satu dozen yang lain sedang bertarung nyawa di utara India setelah meminum minuman keras buatan sendiri, kata polis hari ini, dalam kejadian terbaru keracunan alkohol di negara.

Polis di negeri Uttar Pradesh di daerah Etah berkata mangsa mulai muntah-muntah dan jatuh sakit, mengadu sakit perut dan mempunyai penglihatan kabur selepas meminum minuman keras moonshine pada lewat Jumaat.

“Tujuh belas orang telah mati sejak malam Jumaat dan kira-kira 12 masih berada di hospital, sakit tenat,” beritahu pegawai polis tempatan kepada AFP dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Pegawai berkata seorang peniaga tempatan ditahan lewat semalam selepas polis mengemukakan satu kes formal ke atasnya kerana membunuh.

“Penjaga jelasnya mencam-purkan beberapa bahan kimia dalam kelompok terakhir, polis sedang menyiasat kes tersebut,” tambah beliau.

Kejadian terbaru itu mendorong ketua menteri negeri Akhilesh Yadav menggantung lima pegawai daerah, termasuk dua pegawai polis, kerana cuai menjalankan tugas.

Beliau menawarkan 200,000 rupee dalam bayaran pampasan kepada keluarga mereka yang terbunuh.

Beratus-ratus penduduk miskin mati setiap tahun di India disebabkan keracunan alkohol, kebanyakannya akibat meminum minuman keras murah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA