17 maut serangan di Kashmir

17 maut serangan di Kashmir

SRINAGAR, India 18 Sept – Para militan yang lengkap bersenjata membunuh 17 orang tentera dalam serangan awal subuh hari ini ke atas pangkalan tentera di Kashmir yang ditadbir India, serangan paling teruk dalam tempoh beberapa tahun di rantau Himalaya yang bertikai itu.

Para pemberontak menyerang ibu pejabat pasukan tentera yang menempatkan beratus-ratus tentera di bandar Uri, berhampiran sempadan de facto dengan Pakistan. Mereka bersenjatakan bom tangan dan raifal automatik, menurut seorang pegawai tentera yang merahsiakan identitinya.

Empat militan juga terbunuh ketika pertempuran bersenjata itu dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan khemah-khemah dan tempat perlindungan sementara yang lain untuk tentera terbakar, menurut kenyataan tentera.

Pertembungan itu membawa kepada ‘banyak kematian’. Kami menghormati pengorbanan 17 orang tentera yang terbunuh dalam operasi itu, menurut kenyataan itu lagi.

Serangan itu adalah serangan paling teruk dalam tempoh bertahun-tahun di wilayah itu, yang mana pemberontakan bersenjata ke atas pemerintahan India meletus dalam tahun 1989.

Askar India tiba di pangkalan tentera yang diserang oleh pemberontak disyaki di bandar Uri, barat Srinagar, di kawasan Kashmir, India hari ini. Pemberontak disyaki menggunakan senapang dan grenad menyelinap masuk ke dalam pangkalan tentera penting itu awal hari ini dan membunuh sekurang-kurangnya 17 askar. – AP
Askar India tiba di pangkalan tentera yang diserang oleh pemberontak disyaki di bandar Uri, barat Srinagar, di kawasan Kashmir, India hari ini. Pemberontak disyaki menggunakan senapang dan grenad menyelinap masuk ke dalam pangkalan tentera penting itu awal hari ini dan membunuh sekurang-kurangnya 17 askar. – AP

Para pemberontak menyerbu kem tentera di kawasan Uri pada Disember 2014, membunuh 11 orang tentera dan pegawai polis.

Para tentera kini melancarkan usaha mencari di pangkalan itu, 100 kilometer barat bandar utama rantau itu, Srinagar, bagi mana-mana lagi militan, menurut kenyataan itu lagi.

Beberapa orang tentera yang tercedera dibawa melalui udara menuju hospital tentera di Srinagar, menurut seorang pegawai tentera. Sejumlah besar tentera ditempatkan di Uri selepas menamatkan lawatan bertugas mereka di rantau bertikai itu yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

Rantau itu dicengkam kekacauan yang membawa banyak kematian yang berterusan selama lebih dua bulan. Penduduk yang membantah bertempur hampir setiap hari dengan pasukan keselamatan dalam keganasan paling teruk sejak 2010. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA