17 negara berhadapan konflik kekurangan makanan – PBB

17 negara berhadapan konflik kekurangan makanan – PBB

PARIS, 7 Ogos – Sementara gudang bijirin di kebanyakan negara Barat mungkin melimpah pada musim sejuk ini, berpuluh juta orang menghadapi risiko tidak mempunyai makanan kerana kelaparan sedang digunakan sebagai satu senjata peperangan.

Lebih 50 juta penduduk yang tinggal di 17 negara yang dibelenggu konflik menghadapi “kekurangan makanan yang teruk,” dua agensi PBB mengingatkan baru-baru ini.

Konflik di Yaman dan Syria menempatkan dua negara tersebut di atas senarai yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP).

Di Yaman, 14 juta orang, lebih separuh daripada jumlah penduduk, kini dianggap menghadapi krisis makanan atau kecemasan.

Sementara itu di Syria, 8.7 juta orang atau 37 peratus daripada penduduk sebelum konflik, “amat memerlukan makanan, nutrisi dan bantuan mata pencarian,” terutamanya bantuan kepada petani, kata agensi.

Begitu juga dengan kawasan di timur laut Nigeria, yang telah menerima kesan paling teruk pemberontakan oleh pejuang Islam Boko Haram sejak 2009, dan di mana kumpulan bantuan Doktor Tanpa Sempadan me-nganggarkan setengah juta penduduk menghadapi krisis kemanusiaan. – AFP