17 pegawai ABDB naik pangkat

17 pegawai ABDB naik pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengumumkan bahawa seramai 17 orang pegawai kanan ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan kenaikkan pangkat berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dengan majlis berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli-ahli keluarga pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat.

Di majlis berkenaan, seramai tiga orang pegawai kanan telah dinaikkan ke pangkat Kolonel/Kapten Tetap iaitu 345 Komander Haji Othman bin Haji Suhaili@Suhaily, Tentera Laut Diraja Brunei, 413 Kolonel (U) Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim dan 563 Leftenan Kolonel Dr Jefri bin Abdul Razak.

pg03_160227_a

Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyempurnakan kenaikan pangkat kepada para pegawai kanan ABDB yang diraikan pada majlis berkenaan.
Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyempurnakan kenaikan pangkat kepada para pegawai kanan ABDB yang diraikan pada majlis berkenaan.

pg03_160227_c

Sementara itu, 10 orang pegawai kanan telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel/Komander Tetap iaitu 414 Pemangku Lt Kol Haji Mohd Huzaimi bin Pehin Datu Harimaupadang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin, 503 Pemangku Komander Azlan bin Haji Ahmad, TLDB, 489 Pemangku Lt Kol Saifulrizal bin Abdul Latif, 434 Pemangku Lt Kol (U) Abu Hussin bin Abu Sahat@Abu Sa’at, 436 Pemangku Lt Kol Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, 437 Pemangku Lt Kol Haji Mohd Norfahssin bin Haji Abdul Karim, 492 Pemangku Lt Kol (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, 511 Pemangku Komander Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB, 379 Pemangku Komander Haji Suhailee bin Pungut, TLDB dan 612 Pemangku Komander Willie@Mathias bin Padan, TLDB.

Manakala itu, seramai empat orang pegawai kanan pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Komander iaitu 598 Lt Komander Mohd Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, 613 Lt Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, 614 Lt Komander Nor Ariwwin bin Mohd Ali, TLDB dan 686 Lt Komander Haji Edy Jofren bin Pehin Datu Penglima Haji Abdul Jalil, TLDB.

Kenaikan pangkat ABDB merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan bagi mengiktiraf, memberi ganjaran dan terus mengasuh para pegawai yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan menampilkan potensi untuk terus menyumbang kepada ABDB.