17 pegawai kanan polis naik pangkat

17 pegawai kanan polis naik pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Atas Titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, seramai 17 orang pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat bermula 1 Jun.

Majlis Kenaikan Pangkat tersebut berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Bahrin bin Mohd Noor. Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, jemputan khas serta ahli keluarga pegawai-pegawai kanan yang diraikan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan diteruskan dengan penyampaian pangkat oleh Dato Paduka Seri Bahrin kepada 17 orang pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat.

Bagi kenaikan dan ketetapan pangkat ke Penolong Penguasa Polis ialah Ketua Inspektor Haji Adanan bin Haji Jumat, Ketua Inspektor Haji Mohd Shamsul Khaireen bin Haji Abu Bakar, Inspektor Kanan Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Haji Muhammad dan Inspektor Polis Pengiran Haji Md Aminul Sarni bin Pengiran Haji Sarpuddin.

Dato Paduka Seri Bahrin menyempurnakan kenaikan pangkat para pegawai-pegawai kanan polis yang diraikan.
Dato Paduka Seri Bahrin menyempurnakan kenaikan pangkat para pegawai-pegawai kanan polis yang diraikan.

pg03_150707_c

Dato Paduka Seri Bahrin bergambar-ramai dengan para pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat di majlis berkenaan.
Dato Paduka Seri Bahrin bergambar-ramai dengan para pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat di majlis berkenaan.

Bagi kenaikan pangkat ke Pemangku Penolong Penguasa Polis ialah Inspektor Kanan Lim Hock Siong dan bagi kenaikan serta ketetapan pangkat ke Ketua Inspektor ialah Inspektor Kanan Arpan bin Haji Abdullah, Inspektor Kanan Mohd Jefri bin Mohd Jamin, Inspektor Kanan Muhd Ismail bin Abdullah, Inspektor Kanan Pengiran Khairul Anuar bin Pengiran Haji Salleh, Inspektor Kanan Haji Hasnul Fikri bin Haji Metussin dan Inspektor Polis Awangku Haji Raziman bin Pengiran Haji Abdul Razak.

Manakala itu, bagi kenaikan dan ketetapan pangkat ke Inspektor Kanan ialah Inspektor Azalan bin Haji Johari, Inspektor Haji Mohammad bin Haji Damit, Inspektor Mohd Adly bin Abdullah, Inspektor Pengiran Haji Yusra bin Pengiran Haji Mohammad, Inspektor Muhammad Salim bin Abdullah Omping dan Inspektor Muhammad Kenny Safwan bin Abdullah Yawang.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan bergambar-ramai bersama dengan Dato Paduka Seri Bahrin. Dengan kenaikan pangkat itu, diharap para pegawai-pegawai kanan polis yang diraikan akan terus bersemangat menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa bertugas dan berkhidmat atas nama Pasukan Polis Diraja Brunei untuk menuju ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan kerajaan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA