17 pegawai tamat jalani kursus asas kaunselor

17 pegawai tamat jalani kursus asas kaunselor

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seramai 17 pegawai Jabatan Penjara yang selesai menjalani Kursus Pengembaraan Dalam Kaunseling sesi 1/2016 telah menerima sijil masing-masing daripada Pemangku Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat, dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Jongsarat Pusat Latihan, Jabatan Penjara di sini.

Kursus selama lapan hari itu bertujuan mendedahkan ilmu pengetahuan mengenai kaunseling dan asas-asas menjadi seorang kaunselor ataupun pra kaunselor untuk membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Antara aktiviti kursus ialah bermalam di Pulau Pelumpong di mana para peserta diberikan tugasan menyediakan khemah masing-masing mengikut kumpulan dan juga mencari benda-benda tersembunyi di pulau tersebut.

Antara peserta kursus menerima sijil penghargaan dan hadiah yang disampaikan oleh pemangku pengarah Jabatan Penjara.
Antara peserta kursus menerima sijil penghargaan dan hadiah yang disampaikan oleh pemangku pengarah Jabatan Penjara.