17 pelajar maut nahas jalan raya

17 pelajar maut nahas jalan raya

MEDAN, Indonesia, 28 Mei (AFP) – Tujuh belas pelajar Indonesia terbunuh dan lima yang lain cedera hari ini selepas sebuah trak yang membawa mereka ke sekolah terbalik ke dalam parit di barat pulau Sumatera, kata polis.

Trak yang membawa kira-kira 30 pelajar terbalik ke dalam parit berlumpur berhampiran sebuah ladang minyak kelapa sawit selepas salah satu rodanya terkeluar, kata pegawai polis tempatan M Syafii.

Umur pelajar yang terbabit dalam kemalangan di daerah Tapanuli masih belum diketahui. Kebanyakan mereka dipercayai menghadiri sekolah tinggi junior dan sekolah tinggi, di mana pelajar biasanya berusia di antara 12 dan 18 tahun.

“Tujuh belas pelajar terbunuh dan lima cedera, termasuk seorang cedera parah, selepas trak terbalik,” kata Syafii.

“Salah satu roda depan trak terkeluar, menyebabkannya terbalik dan bergolek ke dalam parit yang penuh dengan lumpur, kira-kira 2.5 meter dalam.”

Pemandu terselamat, tambah beliau.

Kemalangan teruk biasa berlaku di jalan raya Indonesia. Tidak terdapatnya pengangkutan awam yang banyak di kawasan luar bandar Indonesia dan penduduk biasa menumpang trak.

ARTIKEL YANG SAMA