17 pelajar UNISSA dipilih ikuti pengajian luar negara

17 pelajar UNISSA dipilih ikuti pengajian luar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Seramai 17 orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah terpilih untuk meneruskan pengajian selama setahun di luar negara di bawah Program Pengajian Luar Negara bagi sesi akademik 2015/2016.

Justeru itu, majlis doa selamat bagi para pelajar terpilih berkenaan telah diadakan kelmarin, di mana Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal turut menyampaikan amanat kepada para pelajar tersebut.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan UNISSA, timbalan dekan, timbalan pengarah, pegawai dan kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Gambar ramai para pelajar yang akan mengikuti pengajian luar negara.
Gambar ramai para pelajar yang akan mengikuti pengajian luar negara.

Menurut kenyataan UNISSA, Program Pengajian di Luar Negara ditawarkan kepada pelajar-pelajarnya yang cemerlang untuk mengikuti pengajian Tahun 3 di luar negara selama setahun pengajian akademik (dua semester).

Bagi mengikuti program ini, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh dekan pelajar telah menjalankan beberapa siri penilaian dalam proses pemilihan mengikut kriteria-kriteria tertentu.

Melalui program itu, lapan pelajar akan melanjutkan pengajian ke Jordan, lima ke United Kingdom dan empat lagi ke Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA