17 peserta tamat kursus pengadil

17 peserta tamat kursus pengadil

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Seramai 17 orang peserta Kursus Asas Pengadil Bolasepak Kelas 3 Bagi Daerah Brunei dan Muara, Sesi Tahun 2016 berjaya melalui kursus selama empat hari berkenaan dan telah menerima sijil kehadiran masing-masing.

Menyempurnakan penyampaian sijil berkenaan ialah Pemangku Timbalan Presiden NFABD, Haji Madli bin Mohd Yusuf sambil diiringi EXCO NFABD merangkap Yang Di-Pertua Persatuan Pengadil Bolasepak Negara Brunei Darussalam, Awang Zulkifle bin Haji Duraman.

Kursus setiap Jumaat dan Ahad, yang bermula pada 26 Februari, dan berakhir pada 6 Mac di NFABD House itu merangkumi sesi teori dan amali termasuk Ujian Kecergasan dan Ujian Bertulis.

Daripada 17 orang peserta berkenaan, hanya dua orang daripada mereka yang lulus ujian kecergasan iaitu Awang Abdul Hakim bin Mohd Haidi dan Awang Mohammad Nazhim bin Haji Suhaili. Mereka juga telah menerima cenderahati atas pencapaian tersebut yang telah disampaikan oleh Awang Zulkifle.

Para peserta Kursus Asas Pengadil Bolasepak Kelas 3 2016 bersama Haji Madli (duduk, 5 dari kiri) dan Awang Tamat (duduk, 5 dari kanan).
Para peserta Kursus Asas Pengadil Bolasepak Kelas 3 2016 bersama Haji Madli (duduk, 5 dari kiri) dan Awang Tamat (duduk, 5 dari kanan).

Lima orang instruktor tempatan memudahcara kursus berkenaan, kesemuanya Instruktor Pengadil FIFA iaitu Degat anak Chandau, Awang Mohd Yusof Zaki bin Haji Serudin, Awang Mohd Yusof bin Abdullah, Pengiran Haji Aliuddin bin Pengiran Haji Tajuddin dan Awang Zulkifle. Membantu sama ialah Ketua Jabatan Pengadil NFABD, Awang Tamat bin Budin.

Selain menambah bilangan pengadil, kursus itu diadakan bagi meningkatkan mutu pengadil dan pengadilan perlawanan, memastikan konsistensi pengadilan Undang-Undang Permainan di semua peringkat, dan menyeragamkan penggunaan Undang-undang Permainan.

ARTIKEL YANG SAMA