17 sertai bengkel halusi azan, iqamah

17 sertai bengkel halusi azan, iqamah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 15 Mac – Sebagai usaha mencari pelapis bilal yang berpotensi untuk diketengahkan dan melapis bilal-bilal bila diperlukan, Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar telah menganjurkan Bengkel Menghalusi Azan dan Iqamah.

Bengkel sehari yang berlangsung di masjid berkenaan, telah disertai oleh 17 orang peserta dalam kalangan belia dan ahli jawatankuasa takmir masjid.

Ia dibahagikan kepada dua sesi, dengan sesi pertama diisikan dengan taklimat dan penerangan adab-adab sebutan makhraj huruf yang betul dan sebagainya.

Manakala itu, dalam sesi kedua pula diadakan pertandingan bagi para peserta bengkel yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan kumpulan kedua terbuka kepada belia-belia masjid di bawah 30 tahun.

Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing mempunyai seorang pembimbing.
Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan yang masing-masing mempunyai seorang pembimbing.

Bengkel ini berobjektif bagi menghalusi dan memperbetulkan azan dan iqamah para peserta sekali gus untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka.

Di samping itu, ia juga merupakan salah satu usaha menjadikan masjid sebagai sumber rujukan ilmu sesuai dengan program seumpamanya, dan sebagai aktiviti tahunan mencari wakil bagi Daerah Temburong untuk diserapkan dalam pertandingan peringkat kebangsaan nanti.

ARTIKEL YANG SAMA